Friday, May 18, 2012

Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan (Issue)

TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu grafik, teks, audio, video, dan animasi.
Selain dari itu, interaktif juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan 
bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menggunakan multimedia.
setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan 
satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan.

Pada pandangan anda, adakah penggunaan multimedia penting dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran?Mengapa?

6 comments:

Anonymous said...

Penting. Penggunaan multimedia mampu menambah kefahaman tentang sesuatu topik. Contohnya penggunaan animasi untuk menerangkan pergerakan ion di dalam kimia.

Malah penggunaan multimedia juga mampu menarik perhatian pelajar agar lebih berminat dengan topik yang dipelajari. Kalau guru @ pensyarah hanya bercakap sahaja, kadangkala timbul kebosanan di kalangan pelajar. Cara yang interaktif ni mampu menarik perhatian pelajar.

Penggunaan kombinasi elemen2 multimedia menjadikan persembahan kita lebih menarik. Penggunaan teks tanpa gambar mahupun audio adakalanya tidak memberikan penerangan yang jelas. Akan tetapi jangan terlalu taksub untuk mencampurkan kesemua elemen di dalam persembahan kita. Kalau tak nanti, lagi lah menyesakkan mata dan telinga. Berpada2 lah :-)

Sekian :-)

Anonymous said...

penting.bcoz sometimes students find it hard to imagine some topics.so maybe if there's a help like animation slide, boleh meningkatkan pemahaman pelajar2 for that particular topic.and also, multimedia dpt menigkatkan interest pelajar2 untuk study if compared to dengar lectures for two hour straight.

just an opinion.no offend.tq

Adhlin Sofia said...

Pada pendapat saya, multimedia sangat penting dalam pembelajaran pada masa kini, kerana pelajar-pelajar akan mudah tertarik dengan cara yang diajarkan. Dengan itu, ia boleh memudahkan lagi pelajar memahami apa yang diajar. Sudah menjadi lumrah manusia iaitu tertarik kepada benda yang menarik.

Unknown said...

Multimedia penting dalam pembelajaran kerana panjang masa yang diperlukan untuk pengajaran boleh dikurangkan. Kebanyakan media memerlukan masa yang singkat untuk menyiarkan mesejnya. Seperti menyiarkan tayangan video yang berkaitan dengan subjek tersebut.Pelajar akan mendapat gambaran awal mengenai subjek yang dipelajari dan memahami mesejnya dengan mudah apabila menggunakan medium tersebut.Penggunaan multimedia ternyata membantu pelajar untuk lebih memahami subjek yang dipelajari dengan lebih cepat.

Nina Izzati said...

Pada pendapat saya segala pembelajaran kini perlu diiringi dengan teknologi kerana ia ternyata dapat membantu pelajar. teknologi memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari.

safwan ramlan said...

Pengunaan multimedia adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, melalui pengguanan multimedia tersebut, akan memudahkan tugas para pendidik untuk memberi gambaran tentang apa yang diajar oleh mereka. Sebagai contoh matapelajaran Sains yang banyak menggunakan istilah2 dan komponen2 sel yang ada kalanya sukar difahami jika pengajaran berbentuk lisan dan teks sahaja. Melalui penggunaan multimedia, pelajar akan lebih faham tentang apa yang diperkatakan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.