Monday, May 30, 2011

teknologi maklumat dan etika



TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang
pendidikan. Sebagai seorang pendidik, mereka perlu menguasai kemahiran
Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan
pembelajaran.

Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh
digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya
mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat
juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu
perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana boleh melibatkan ilmu serta pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah
organisasi yang ingin berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak institusi telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan amat jelas diaplikasikan kepada institusi yang berskala besar.

Teknologi ini juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, teknologi ini
telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara
kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan
pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan
kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal
komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum
pelajaran yangberasaskan teknologi maklumat.


Etika : Etika computer pada umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Rukun Etika Rukun Etika

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.

7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Teras etika

  • Menghormati semua agama
  • Menghormati dan mematuhi undang-undang Negara
  • Menghormati kebudayaan sesuatu kaum dan bangsa
  • Menghormati sesuatu kepercayaan yang ada dalam sesuatu lingkungan budaya

Isu Etika Isu Etika

1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.

2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan

mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.

3. Kurang arif tentang undang-undang siber.

4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan

dengan etika komputer.

5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer

Wednesday, May 25, 2011

amacam cuti?





assalamualaikum

how u guys feel?feels bling bling kn?thumbs up !!
*bling bling tu adlah sihat..aku cilok dr movie mane ntah..xdela...
bling bling tu sbnrnye emas...aku yg tukar mksd die..
bling bling butterfly...ko ade?



hah...nak cter pasal cuti.....*cuti ker?walhal short sem kan?
abaikan 0keh ~

cuti kali nie lame kan...bagi xde pape seperti short sem mcm aku nih
lame la tu..smpi bln 9 katenye....
ramai kwn aku ngah membina tembok lemak katanya di bawah lapisan kulit masing2
ade plak kwn aku yg dh dpt kerja...g0od ! gaji kene kasi aku...! amaran separuh keras~

cuti lame2 pon x sedap gak kan...mcm xde feel plak..
ye la..sbl0m cuti kan..kite kene pegi kelas...tiap hari ade kelas
kadang2 tue ade la ponteng berSEBAB.....
sebab....erm..gulp.. gulp....sebab aku punye suke yer.. =)

antara aktiviti cuti kalau x cari kerja...
makan,minum,tido,fb,berblog,twitter,lepak,jln2 ngn kwn,dan sewaktu dgnnye...
kalau ade yg nak tambah,
mkn minum,masak,jemur pakaian,basuh pakaian,basuh pinggan
siram bunga,tanam pokok,dan lain+
macam lagi.
*rase2 diri k0rg yg mne?yg mule2 kot..o0pss..



nie org rajin..jgn slh sangka...rajin tid0

papepon, cuti lama ni manfaatkan la yer...bagi aku,,,nk cr kerja pas abs short sem
sbnrnye,skrg pon ngah cari keje...sbb short sem bkn busy mne pon
tp nnt la..nk relax dlu..kasi lemak2 menebal seperti
jaket musim sejuk
pastu baru cari keje...baru feeeeeel
jom keje....p/s:gamba hiasan je

akhir bicare ..hepi holiday,,,yg mane ade aktiviti tu..have fun...
buat la bnde berfaedah
jgn la hisap dadah..
jage diri masing2 dan kesihatan
paling utama..jgn tinggal SOLAT..
solat 5 waktu...x boleh kurang,,,!!